Monday, June 27, 2011

gamers, jom cari laptop yg sesuai utk anda




Membeli laptop berdasarkan performance

Ok, kalau anda pergi kedai komputer atau pc depot saya cadangkan anda tengok dulu performance laptop tersebut. Cara paling mudah ialah check pada “WEI” atau Windows Experience Index. Boleh right click pada komputer dan tengok bahagian properties kemudian tengok pada Rating.
Klik pada Windows Experince Index untuk melihat performance sesebuah laptop itu.
scores
Paling penting anda kena tengok pada score processor dan juga gaming graphics. Score paling tinggi ialah 7.7 dan kalau sesebuah laptop tu mempunyai score 6 ke atas ianya boleh dikatakan sudah cukup bagus.
Jika anda ingin tahu secara terperinci boleh click pada “View and print detailed performance and system information”.
eins jomphp pc

Memilih processor yang sesuai untuk gaming

Ada banyak jenis processor contoh intel Core i7, core i5, core i3, amd triple core, amd fusion dan sebagainya. Untuk tahun 2011 ini saya cadangkan beli sekurang-kurangnya core i3 atau core i5 untuk gaming. Kalau mampu bayar mahal sikit beli core i7 terus.
Core i5 dan Core i7 ada model yang mempunyai processor quad-core (4 teras). Kelebihan processor quad-core ialah keupayaan memproses yang sangat laju dan mampu multitasking dengan ringan. Kalau install game 10gig pun boleh siap dalam masa kurang 10 minit. Lagipun, masa main2 game berat boleh minimize maximize dengan cepat tanpa lag.
Cara nak tahu sesebuah processor tu ada quad-core ialah dengan tengok pada WEI seperti saya highlight di atas atau menggunakana device manager.
processor amd quad core
Pada device manager, expand pada bahagian processor dan tengok jumlah kalau ada 4 tu maknanya processor quad core

Keperluan RAM untuk gaming

Laptop model baru biasanya menggunakan ram DDR3. Dan bagi saya jumlah minimum ram kena ada untuk laptop gaming ialah 4Gig. Kalau ada kurang daripada 4gig tak nikmat. Dulu komputer saya ram 2gig bila main game rasa kurang smooth sikit. Dah upgrade kepada 4gig baru sedap main games.
Kalau komputer anda beli tu kurang ram daripada 4gig harap boleh upgrade terus kepada 4gig atau lebih.
Kalau dah RAM 4gig ke atas anda haruslah menggunakan Windows 7 64 bit untuk lebih laju.

Graphic Card pada laptop

Pertama sekali, kalau niat anda beli laptop untuk gaming better lupakan terus laptop dengan graphic chipset Intel. Biar macam mana canggih sekalipun Intel promosi graphic chipset mereka namun kalau dikira dari segi performance bagai langit dengan bumi.
Pilih laptop yang mempunyai graphic card AMD/ATi dan NVidia sahaja. Kalau boleh tengok pada model graphic card yang baru2 contohnya AMD 6000 series (6XXX) dan Nvidia GT 5XX series (contohnya Nvidia 540M).
Kalau laptop tu ada Nvidia Optimus lagi bagus; sebab anda boleh switch antara graphic card Nvidia untuk gaming atau chip Intel untuk penjimatan bateri.

Hard Disk

Zaman sekarang dah ada model laptop guna Solid State Drive (SSD) jauh lebih laju dan bagus berbanding hard disk biasa. Tapi harganya masih lagi mahal untuk kapasiti kecil.
Hard Disk tidak banyak effect pada gaming, tapi adalah lebih penting anda menggunakan hard disk laptop berkelajuan 7200rpm berbanding 5400 rpm supaya disk transfer lebih laju.
UHF: ini antara tips untuk anda membeli laptop (gaming)
sumber diatas ikhsan dari http://jomphp.com

No comments:

Post a Comment