
BERSIH 2.0 telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 julai ini.
Tidak ketinggalan UMNO juga mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk ‘memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan turut serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang di katakan akan membawa gelombang berlawanan iaitu ‘anti BERSIH’.
Ada beberapa persoalan yang timbul di sini?


Saya menghormati dan mendukung hak mana-mana pihak yang ingin berarak untuk berhimpun dengan aman, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata. Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.

Peranan polis seharusnya memudahkan demonstrasi yang akan diadakan. Tidak perlu menembak cecair ataupun gas pemedih mata, kerana tindakan itu yang memulakan kekecohan. Tunggu dan lihat, pastikan semuanya aman, itu yang terbaik. Baik sepertimana yang dilakonkan dalam Gerak Khas.
Text asal di www.seutastasbih.blogspot.com
Memudahkan demonstrasi?? tugas polis untuk menjaga, not to facilitate those people who tried to threaten our country...
ReplyDeleteMy latest entry : Bersihkah BERSIH?
ni negara demokrasi. ada hak utk berhimpun secara aman. ianya xkan jd kacau bilau, jika ianya berjalan dgn lancar. dijanjikan berhimpun secara aman. dah habis semua balik rumah.
ReplyDelete