Monday, June 27, 2011

isu seks anwar 99.9%




Lelaki dalam video seks adalah “99.99 peratus” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terserah kepada rakyat untuk memutuskan sama ada individu dalam video seks dalam kes yang didakwa di mahkamah hari ini adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 
Kenapa video ini dalam hitam putih dari awal hingga akhir.kita sedia maklum hampir semua rakaman cctv pada hari ini dalam bentuk berwarna bukan hitam putih. Pihak yang merakam video lucah ini sengaja menyebarkan rakaman dalam hitam putih supaya wajah pelaku tidak akan kelihatan secara jelas.
Visual hitam putih akan mengkaburkan wajah pelaku dan membuka ruang untuk melontarkan fitnah kepada Anwar.

Berbekalkan asakan media arus perdana seperti Utusan Malaysia, TV3, bahawa kononnya Anwar adalah pelaku dalam video ini, mereka yang mendalangi rakaman video ini berharap rakyat terpengaruh dan mempercayai fitnah ini.

Adalah dipercayai rakaman ini dibuat dengan kamera nightvision. Iaitu kamera yang digunakan untuk membuat rakaman dalam gelap. Apabila kamera ini digunakan dalam terang maka rakaman akan kelihatan samar.

Selain ini, ada dua lagi persoalan yang menarik mengenai rakaman video ini. Pertama; kenapa dua pelaku lelaki dalam video ini kerap mengendalikan remote control. Malah itulah perkara pertama yang dicari oleh individu berpakaian kemas yang kita kenali sekarang sebagai eskay.

Jelas, remote control tidak ditujukan kepada penghawa dingin kerana ia terletak di dinding katil. Ia juga bukan untuk televisyen kerana kedua dua lelaki berkenaan hanya perlu menggunakan suis pada tv berkenaan yang lebih mudah dicapai. Rumusan logik adalah, remote control yang digunakan adalah untuk kamera yang merakamkan aksi lucah.
Bermakna kedua dua pelaku lelaki tahu aksi lucah akan dirakamkan, jika tidak, takkanlah mereka begitu ghirah mengendalikan remote control semata mata untuk tonton tv.
Jam omega yang kononnya milik Anwar. didakwa oleh Eskay mendakwa beliau telah merampas jam dan menyerahkan pada polis it

Eskay mencabar Anwar untuk bersumpah dan mendakwa kalau betul beliau bukan orangnya dalam video tersebut, beliau harus membuktikan jam itu bukan miliknya.

Setiap jam omega yang keluar dari kilang akan dibekalkan dengan sijil yang lengkap dengan nombor siri, dengan nama pembeli, set tersebut. Maklumat pembeli, dimana dan bila dibeli akan direkodkan.

Sesiapa pun boleh menyemak asal usul jam omega asli dengan pembekalnya dan yang perlu polis lakukan ialah memberikan nombor siri yang tertera di belakang jam yang kononnya milik Anwar.

Oleh kerana itulah polis tidak ada keperluan untuk menuntut supaya Anwar menyerahkan jam Omeganya
.

UHF: banyak persoalanya. Penyelesaian terbaik: Hukum islam.  

No comments:

Post a Comment