Tuesday, June 28, 2011

PM: RAKYAT PERLU JIMAT CERMAT!!!!!!!!! RM160,000 bil elektrik dan RM33,000 bil air


RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara PM & TPM. Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa.


Hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. 
RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.


Kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air (sebulan)bagi kedua-dua kediaman rasmi.


Secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari. Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari. Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.


Kita rakyat diminta mengubah cara hidup bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

UHF : Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin


No comments:

Post a Comment